Khasiat Herba Dan Ramuan digunakan untuk memasak

Lengkuas


Pokok Lengkuas

Lengkuas merupakan sejenis rizom dengan kegunaan masakan dan perubatan, dan banyak digunakan di Asia Tenggara. Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara.


lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar. Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.



Kegunaan:

Lengkuas mempunyai khasiat untuk membersihkan darah, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dalam jamu dan ubat atau produk kosmetik untuk menguatkan tenaga. Lengkuas juga dapat digunakan untuk menghangatkan badan. Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin, mempermudahkan pengeluaran angin dalam badan, dan mengurangkan masalah senggugut.



Lengkuas sentiasa digunakan dalam masakan untuk menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang dan boleh digunakan untuk masakan goreng. Dalam bidang perubatan, lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema dan agen antibakteria.