Logo HALAL Belum Tentu HALAL


Benarkah Sardin = katak, Milo = cacing.. ( E110 ) ?


















Dipetik dari email yang diberi-

kesahihan : tak pasti, just jaga2..

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.

Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.

Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..

Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…...kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…

Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih kepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…

Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….

wallahhualam…

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Logo HALAL Belum Tentu HALAL

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

Aduan dan ke muskilan masyarakat


Assalamualaikum...
Saya ingin memaklumkan bahawa masih banyak makanan diluar yang di label halah, tetapi bila diteliti kandungannya, masih tidak halal. Contohnya produk LONDON SWISS ROLL, MASIH MENGANDUNGI E471, kek yang dikeluarkan oleh kilang Hi-5 yang dilabel BLUE KEY, masih mengandungi E471, Cheese CHESDALE, masih mengandungi rennet.
Saya tak tahu dengan produk lain yang telah di label halal dan tertanya2 bagaimana ketelusan pihak JAKIM dalam mengeluarkan logo halal. Kalau terlalu banyak kes macam ni, rakyat Malaysia mungkin akan kurang yakin dengan pihak JAKIM


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wassalam, E471 dan lain-lain kod E adalah kod yang digunakan bagi bahan tambahan makanan seperti emulsifier, pengental, pengawet, perasa dan sebagainya. Sumber bahan ini adalah dari tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Jika sumber itu adalah dari tumbuhan, maka ia tidak kritikal namun JAKIM masih meneliti cara pemprosesannya sebelum memberi pengesahan halal. Namun jika ia dari sumber haiwan, JAKIM akan memeriksa teliti sumbernya mestilah dari haiwan yang halal dan telah diproses/ disembelih mengikut hukum syara'. Pemeriksaan ini meliputi dari bahan ramuan, cara pemprosesan, cara kendalian, pembungkusan dan premis secara menyeluruh. Oleh itu, diingatkan bahawa sumber E471 tidak semestinya berasal dari sumber yang haram kerana terdapat sumber halal yang lain. Bagi syarikat-syarikat pengeluar produk yang telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM, kami telah memastikan bahawa tiada keraguan terhadap ramuannya dengan pemeriksaan dan pemantauan yang teliti. Rennet ialah enzim dari perut haiwan seperti lembu dan lain-lain yang digunakan dalam pembuatan keju dan hasilannya. JAKIM telah memastikan bahawa hanya sumber dan proses yang halal sahaja digunakan oleh semua pemegang sijil pengesahan halal JAKIM.Semua pemegang sijil pengesahan halal JAKIM telah menjalani pemeriksaan dan pemantauan yang ketat sebelum layak menerima sijil JAKIM. Terima kasih dan harap maklum.

Bacalah Selanjutnya website Di bawah ini  Aduan dan ke muskilan masyarakat




Set Lunch Moven Peak Tak Halal Cuma Bebas Babi



Tentu ramai yang kenal Moven Peak Ipoh kan? Ini sedikit info buat korang untuk Set Lunch yang diorang ada offer ni. 
Makanan lain status halal tak dapat dipastikan, cume apabila bercampur antara halal dan haram, maka sebaiknya dijauhkan.






Info ini dipetik daripada page Movenpeak Ipoh. Ini rujukan link Moven Peak Ipoh . 

MOga kita same2 dapat elakkan diri daripada benda2 syubhah dan yang bercampur antara halal dan haram. Kalau dah terlepas makan tu tak dapat buat apa la kan, just berdoa moga daging kite dipelihara oleh Allah. Yang lepas tak dapat kita ubah, namun yang di hadapan mampu kita cegah dan rancang. Sesungguhnya sebaik perancangan adalah perancangan Allah.


Mencari Yang Halal Itu Fardhu Setiap Muslim






Logo HALAL Belum Tentu HALAL

Dari lamanmyrasa,  saya pun tertanya2 juga tentang isu ini....

Friday, May 27, 2011
Isu Haram Secret Recipe Beri Penjelasan





Berhubung isu haram yang makin hangat sekarang ni, ramai sangat duk sebarkan pasal haram ini haram itu.
Baru-baru ini heboh pasal secret recipe ada mengandungi DNA babi. Tadi saya ada terbaca di blog aididleaks pasal penjelasab secret recipe. 

Untuk memastikan lagi kesahihan, saya pun buka fan page secret recipe Malaysia. Jadi ternyata memang mereka ada buat penjelasan seperti berikut :







Saya tidak mahu menuding jari kepada siapa-siapa yang menjadi dalang dalam penyebaran isu ini. Tapi apa yang saya nak highlightkan, dalam kita menerima sesuatu berita. Wajiblah kita semak kesahihan berita itu agar ia tidak membawa kepada dosa berantai.



Kalau rasa tidak yakin dengan sesuatu, eloklah tidak dimakan terus. Kalau tidak pasti tentang sesuatu, eloklah tidak disebarkan dengan melulu. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dan menilai. Jadi gunakanlah sebaiknya. 

Dari lamanmyrasa,yg di ambil dari blog........ http://tenangsudey.blogspot.com


 Berhati-hati dalam memilih makanan



Salam....Alhmdulilllah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata di blog ni.....Kali ni saya nk share tentang makanan yang mengandungi lemak khinzir.Sedar tak sedar cam x caye je makanan tersebut ada mengandungi benda tu..Ni pon kawan saya yg hantar mesej kt inbox saya di fb..TQ kepada saudara tersebut 4 ur information..

Makanan tersebut seperti dibawah:

























Produk ini mengandungi E631

tapi ianya halal..
























TAIP HALAL JARAK KOD BAR DAN HANTAR KE 32728

CONTOH: TAIP HALAL 9556072010900 DAN HANTAR KE 32728
RM0.50 HALAL : K/BAR: 9556072010900
Status: SIJIL SAH
Tarikh Luput: 30/09/2012
Produk: TWISTIES SNEK JAGUNG BERPERISA 70G





















Produk ini mengandungi E110
dan ia nya tidak halal..


TAIP HALAL JARAK KOD BAR DAN HANTAR KE 32728
CONTOH: TAIP HALAL 9556023228088 DAN HANTAR KE 32728
RM0.50 HALAL : K/BAR: 9556023228088
Status: TIADA DALAM SENARAI

Antara makanan yang terdapat logo halal tetapi mengandungi bahan HARAM tersebut..































Kemudian produk ni dari China..pembuatan serta pembungkusan di sana,

















akan tetapi Jakim pulak yang mengeluarkan logo halal...
Tak pelik ke???















Petikan yang terdapat di dalam akhbar...
  
Hmmm....bile bace artikel macam ni,

takut pulak rasenye..
ntah2 selame ni..dah bnyk termakan benda "tersebut"
Mintak2 d jauhkan...
Makanan ni perkara yang penting..sbb ia akan menjadi darah daging kita.
Untuk menentukan ibadah kita di terima atau p0n tidak..
Makanan daripada sumber yang halal dan bersih dapat
membentuk peribadi dan sahsiah yang baik dalam
diri seseorang..
Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya memakan
makanan yang datang dari sumber yang
bersih lagi halal...
Dalam erti kata lain.."halalan toyyiba"
Mudah2n dengan sedikit maklumat ini dapat
memberi manfaat dalam kehidupan kita
supaya lebih berhati2
untuk memilih makanan...

Wallahu'alam..Dari lamanmyrasa...




Jakim confirms QBB Ghee is halal
BERNAMA
Thursday, November 11th, 2010 22:34:00
KUALA LUMPUR: The Malaysian Islamic Development Department (Jakim) has confirmed that QBB ghee is permissible or halal to be consumed by Muslims in the country.

Through its website www.halal.gov, Jakim said the product, "QBB Pure Ghee" produced by QBI Packaging Sdn Bhd had complied with the Islamic halal concept.

"With that, the application by the company for the halal certificate has been approved with effect from Nov 1, 2010," the website said.

According to Jakim, the halal certification was issued following verification through the supplier, process and customer traceability.

Jakim had earlier suspended its halal certification for QBI Packaging Sdn Bhd effective from Aug 19, after finding out the product contained questionable elements which were not consumable by Muslims.

This resulted in QBI Packaging Sdn Bhd not permitted to use the Malaysian halal logo on all its QBB ghee products






Assalamualaikum semua,


Al-Hikmah nak ajak semua kita  untuk menghayati ayat ini:


Cukup besar nikmat Allah Subhanawataala kepada kita dan kita sahaja yang tidak bersyukur mengenainya. Al-Hikmah nak sentuh mengenai syukur ke atau tidak ke kita dengan makanan yang diberikan oleh Allah Subhanawataala untuk kita. Kerana sekarang ini kita lihat umat islam kurang prihatin soal halal dan haram dalam aspek pemakananan ini. Keadaan ini berlaku kerana Umat Islam Malaysia tak mampu menyediakan kemudahan yang cukup dan bergantung kepada Non-Muslim untuk menyediakan kemudahan seperti memproses makanan, bahan makanan sehinggalah kedai makan.


“MAKANAN ni halal ke?” Mungkin di kebanyakan negara ia tidak menjadi isu, sama ada disebabkan nilai dan konsep itu sudah lama terpahat dalam amalan dan kepercayaan masyarakat atau istilah itu sememangnya asing sehingga tiada siapa peduli mengenainya.


Bagi Malaysia, sebuah negara berbilang kaum dengan Islam mewakili 61.3 % rakyatnya, isu makanan halal sering kali berbangkit akibat pelbagai faktor, termasuk kurangnya kesedaran dan sensitiviti antara satu sama lain.


Al-Hikmah difahamkan bahawa lebih separuh daripada pengguna industri makanan di Malaysia terdiri daripada pengguna Islam yang bergantung pada agensi kerajaan, seperti JAKIM, yang memberikan pelesenan halal bagi produk, premis makanan dan rumah sembelihan.


Namun hari ni, kita pengguna Islam yang bergantung pada produk makanan halal terdedah kepada pelbagai bentuk penipuan dan kepalsuan sijil halal. Selain itu, pengguna Islam di Malaysia juga terdedah pada tarikan dan iklan produk makanan yang belum dapat dijamin halal. Lebih malang lagi apabila terdapat segelintir masyarakat Islam yang tidak mempedulikan langsung status halal sesuatu produk atau premis mereka mendapatkan sumber makanan.


JAKIM telah mengumumkan 74.7 % pemegang sijil halal terdiri daripada peniaga bukan bumiputera. Isyarat positif ini menunjukkan bahawa peniaga bukan Islam mula mengambil berat keperluan pengguna Islam terhadap produk makanan halal. Akan tetapi, masih terdapat segelintir pengguna Islam di negara ini yang tidak mempedulikan langsung status halal makanan yang dibeli.


Kenapa? Ini semua kerana soal iman. Jika Iman mantap maka soal halal dan haram ini akan sentiasa dijaga.


Apa yang Al-Hikmah lihat, biasanya jika sesebuah restoran dilihat mempunyai ramai pengunjung Melayu dan bertudung, makanannya sudah dikira halal untuk dimakan, berbanding dengan menilai sendiri sijil halal yang diberikan kepada sesebuah perniagaan. Sikap sambil lewa ini wajar dikritik kerana dikhuatiri mempengaruhi pengguna Islam yang lain, sekali gus merendahkan dan mencemarkan fungsi penguatkuasaan perlesenan halal oleh pihak berkuasa.


Menurut statistik pada tahun 2010 yang dikeluarkan laman web www.halal.gov.my, hanya 64 buah restoran hotel yang mempunyai sijil halal yang sah berbanding dengan lebih 2000 buah hotel yang mempunyai premis restoran di seluruh Malaysia. Janganlah apabila sudah terhantuk baru tengadah kerana selalunya pengguna Islam akan tersentak ketika premis makanan terkenal yang selalu dikunjungi diserbu pihak berkuasa oleh sebab menyediakan makanan tanpa sijil halal yang sah.


Sabda Rasulullah Sallallahualaihi Wa Sallam yang bermaksud, “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”. (riwayat At-Tirmizi).
Sebenarnya makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakanannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan maksiat serta benci kepada kerja-kerja kebajikan dan ketaatan. Kemudian doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah dan yang terakhir, dia akan mendapat keseksaan di neraka Allah pada hari kiamat kelak. Nauzubillah.


Firman Allah Subhanawataala yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. (al-Baqarah: 173)
Oleh itu Al-Hikmah nak war-warkan kepada semua umat islam tak kira di Malaysia ataupun di mana sahaja agar sentiasa perihatin dengan isu makanan halal ini. Kepada kita di Malaysia ini kita mestilah rajin memeriksa status HALAL dan HARAM dengan berbagai kemudahan semakan ONLINE dan SMS yang ada dan jangan harap KERAJAAN nak suap depan mata sahaja. (bukan marah tapi Nasihat!)


Langkah yang patut kita lakukan:









Taip HALAL<>SEMAK<>[No. ROC] & SMS ke 15888.


kemudian selalulah layari












Taip HALAL<>SEMAK<>[No. ROC] & SMS ke 15888.

kemudian selalulah layari


Semuga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu umat Islam di Malaysia. Dan kita umat Islam ada tanggungjawab FARDU KIFAYAH yang perlu diselesaikan terutama urusan makanan Halal dan Haram ni.

Nota: Sila war-warkan artikel ini untuk semua melalui tweet, FB dan juga email. Ini untuk kebaikan seluruh umat di seluruh alam.


Wallahu'alam..Dari lamanmyrasa...




Panas!!Operasi rahsia selama lima tahun terbongkar!


KEPALA BATAS – Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan. Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.



Ideris  Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam







berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya. “Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah. “Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan,”  jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua  minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.





Kilang yang beroperasi di kawasan Kepala Batas ini amat menyedihkan kepada umat Islam tentang haram/halal makanan yang dimakan.

Sampai bila keadaan begini berterusan sedangkan kilang yang pernah diserbu pihak berkuasa masih lagi mengulangi kezalimannya terhadap umat Islam. Kenapa dipanggil kezaliman? Sebab umat Islam memang diharamkan memakan sebarang sumber berasaskan binatang khinzir ini, kenapa ianya harus beroperasi lagi! Sepatutnya kilang ini perlu disita terus jika mengulangi kesilapan yang sama. Kerana bebola ikan yang menjadi penambah seri makanan menjadikan makanan itu haram dimakan!


Lebih mengejutkan, bahan mentah termasuk ikan yang sudah diproses juga ditemui bercampur-aduk dengan bungkusan daging dan perut babi di dalam sebuah bilik sejuk beku di kilang berkenaan.

Walaupun tidak memohon sijil halal dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), namun produk itu dipercayai dibeli pengguna Islam berikutan mendapat pasaran meluas di pasar malam di negeri ini.


Jika kes status halal ayam ternakan Malaysia yang dipersoalkan masih lagi belum selesai, bagaimanakah umat Islam Malaysia dapat menikmati makanan tanpa merasa ragu-ragu makanan yang dimasak mahupun yang dibeli di restoren? Diharap pihak berwajib memantau perkara ini dengan lebih berat. Adakah sanggup nanti kita memikul tanggungjawab apabila dipersoalkan di padang masyar kelak?




bila nampak perkataan ‘PORK FREE’ tu terus je masuk.tapi bagai mane dgn makanan yg lain...

Steamboat ni menawarkan pelbagai jenis makanan laut, sayur-sayuran, snacks, buah-buahan, pelbagai warna dan perisa aiskrim dan minuman dan tak ketinggalan juga sos pencicahnya yang pelbagai rasa...AWAS dari mana mereka mendapatkan bahan2 kalau mereka mendapatkan dari kilang2 yg seperti di atas ini bagai mana? 

Sama-sama kita fikirkan....


AWAS : JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAL /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.

Wallahu'alam..Dari lamanmyrasa...




Restoran guna sos ada DNA babi

Posted: 13 Sep 2011 12:00 AM 


15 Syawal 1432H.

SALAH sebuah restoran makanan yang disamak oleh JHEAINS selepas didapati menggunakan sos yang mengandungi DNA babi di Seremban.

SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.

Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.
PRODUK sos HP dan Tabasco Pepper yang didapati mengandungi DNA babi.

Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.

PRODUK sos HP dan Tabasco Pepper yang didapati mengandungi DNA babi.
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.

"Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi," katanya di sini semalam.

Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.

Kosmo








No comments:

Post a Comment