Kenali Rempah Ratus




















biji sawi atau dikenali juga dengan nama mustrad seed merupakan sejenis rempah yang digunakan dalam masakan melayu dan india seperti acar goreng sayur kubis goreng dan lain-lain lagi. Biji sawi merupakan biji benih daripada tumbuhan yang dikenali dengan nama mustard.
Ciri-ciri biji sawi yang bersifat pedas dan panas menyebabkan ia digunakan sebagai rempah untuk masakan sayur ikan dan daging. Dari segi perubatan pula, biji sawi mempunyai khasitanya yang tersendiri dan boleh menjadi penawar untuk :
1. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Meransang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh



Biji: Dekoksi atau infusi biji digunakan sebagai afrodisiak, diuretik, laksatif, pembuka selera, dan toknik; untuk membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merawat  batuk, bengkak hati atau limpa, bengkak kaki atau tangan kerana kesejukkan, bronkitis, busung, demam panas, diabetes, hernia, impoten, konstipasi, masalah ginjal atau punding kencing, masalah kolesterol, putus haid, radang sendi, radang urat, sakit dada, sakit dalam perut, sakit otot, dan telinga berdesing, dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk; dibuat ubat pupuk pada lecuran, randang sendi, sakit perut, dan ulser. Biji direbus dan ditumbuk halus dan ditampal pada bengkak, bisul, hernia, lebam, dan luka. Biji rebus lalu dimakan untuk menambahkan penghasilan susu ibu.
Kandungan: Biji – 7.8% air, 46.5% karbohidrat, 28% protein, 6% lemak, 8% fiber, 0.5-2% diosgenin, colin, lesitin, minyak esen, musilaj, nukleoal bumin, oleoresin, protein, sotolon, trigonelin, triptofan, vatamin B1, B2, B3. Minyak halba mengandungi 30 sebatian (antaranya anilin, asid dodekanoik, asid heptanoik, dihidroaktinidiolid, dihidrobenzofuran, difenilamin, elemen, eugenol, heptanal, 2-heptanon, heksadekan, 1-heksadeken, 1-heksanol, heksilfuran, kalamenen, kalaren, kamfor, pentadekan, tetradekan, dan timol).






Buah: Sebagai  antibakteria, antiseptik, antispasma, diureti, stimulant, tonik, dan tonik perut, merangsang peluh, merangsang dan meningkatkan penghasilan susu. Campuran dengan bahan lain digunakan untuk merawat angin dalam perut dan usus, batuk, demam panas, gonorea, mabuk pagi, sakit perut, dan tonik selepas bersalin. Buah dikunyah untuk mengatasi angin dalam perut, nafas berbau, dan sedu. Air rebusan disapu pada kulit berminyak. Minyak esen digunakan sebagai ubat luaran untuk mengatasi angin dalam perut dan usus, kekejangan, untuk meningkatkan aktiviti otak dan badan. Campuran minyak jintan manis , minyak adas pedas dan madu ledah diambil untuk merawat batuk dan bronchitis.
Kandungan: Buah-9% air, 35% karbohidrat, 18% protein, 16% lemak, 15% fiber, aldehid asetik, besi, beta-amirin, fosforus, glikosid flovonoid, kalium, kalsium, koumarin, magnesium, minyak esen, miristisin, sitosterol, natrium, zink. Kandungan utama minyak esen ialah anetol, dan kandungan lain ialah alfa-zingiberen, alcohol anisik, anetol epoksida, anisaldehid, ar-kurkumen, asid anisik, beta-bisabolen gama-himcalen, germakren D, dan metal cavikol.





Kulit Kayu: Dekoksi diminum untuk merangsang edaran darah, penghadaman dan respirasi, merawat bengkak kaki atau tangan kerana kesejukan, cirit, demam panas, diabetes, influenza, kurap, loya,masalah berkaitan pembuangan air besar, mual, mulas perut, muntah , perut dan usus kembung angin, reumatisme, sakit kepala, sinusitis dan tibi, sebagai astringen dan stimulant, mengeluarkan angin dari perut dan usus.
Serbuk: Dimakan bersama makanan untuk menurunkan tekanan darah. Dekoksi kayu manis dengan cengkih diminum untuk merawat demam panas. Infusi diminum untuk merawat gigi berlubang, jangkitan di vagina atau saluran kencing, selesema, ulser mulut, dan menghalang jangkitan.
Kandungan: Minyak (kulit kayu) – lebih 20 sebatian (antaranya aldehid nonilik, alfa-pinen, alfa-terpineol, benzaldehid, benzyl benzoate, beta-kariofelen, 1,8- cineol, eugenol, 1- felandren, hidrosinamaldehid, kamfor, Karen, metal-n-amil ketone, para-cimen, pinen, safrol, sinamaldehid, sinamil asetat, dan terpinen -4-ol) . Kayu manis berkualiti tinggi mengandungi lebih banyak sinmaldehid, tetapi sedikit kamfor dan eugenol.




Buah Pelaga: Digunakan untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus,merangsang dan melawaskan haid dan air kecil, tonik jantung, laksatif, stimulant,tonik perut, merawat bengkak dan sakit, cirit, jangkitan pada kerongkong, masalah di dalam rahim, mulas perut, pancutan mani pramasa, penyakit hati, perut dan usus kembung angin, sakit dada, sakit gigi, sakit kepala, sakit perut, sakit telinga dan merangsang penghadaman.Boleh juga dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.
Kandungan: Kalsium oksalat, karbohidrat, minyak esen, minyak tetap. Kandungan utamanya  ialah asid linoleik, asid oleic, dan asid palmitik, protein, dan silica.





Buah: Dibuat ubat dalaman bersifat afrodisiak,mengetatkan vagina,meningkatkan selera,merawat mulas perut,dan kembung angin.
Kudup Bunga: Sebagai antiemetik, antimual, antispasma, tonik, tonik perut, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, menurunkan panas badan, merangsang penghadaman; membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, untuk merawat cirit, kolera, mulas perut, nafas berbau busuk, penyakit saluran darah, sakit kepala, sakit gigi, dan wanita selepas bersalin, ubat pupuk digunakan pada gigitan serangga, kurap, dan luka. Dekokasi  cengkih dan kayu manis diminum untuk merawat demam panas. Infusi diminum untuk merawat gout, masalah usus, dan pembuangan air besar.
Kandungan: Semua bahagian pokok –minyak esen, (paling biasa diekstrak daripada kudup cengkih kering).
Kudup Bunga Kering:  15-17% minyak esen, dan 18-22% oleoresin. Tangkai bunga mengandungi lebih kurang 6% minyak esen.




Buah: Mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merangsang dan melawaskan penghasilan susu, stimulant, tonik perut, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merawat batuk kokol, cirit, demam panas, gastrik, gelisah, hernia, insomnia, konstipasi, kulit berminyak, lumbago, mual, mulas perut, muntah, penyakit kanak-kanak bengkak leher dan sukar bernafas, dan spasma. Buah dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.
Daun, Kulit Kayu, dan Kayu: Merawat lumbago dan reumatisme.
Kandungan: Buah-asid anisik, kolesterin, minyak esen, minyak tetap, protein, asid protokatecuik, asid sikiminik, dan tannin. Minyak lawang mengandungi lebih kurang 20 sebatian (antaranya alfa-pinen, anetol, anisaldehid, beta-felandaren, karen, foenikulin, limonene, linolool, metilcavikol, nerolido, 1-felandren, dan 1- pinen).