Assalamualaikum…hari ni saya nak Share tentang sejara name dan asal usul roti john...
Dari masa kesemasa beberapa perubahan telah dilakukan dalam resepi Roti John ini. Kini terdapat hirisan daging dan juga keju.. Anda juga boleh pelbagai resepi Roti John itu mengikut ilham anda kalian juga... selamat mencuba..
ROTI JOHN Singapura
Roti John yang popular di Singapura ini, ada juga dijual di Malaysia...memang sedap untuk dimakan bersama sos dan potongan timun. Biasanya dibuat daripada Roti French (French loaves) yang agak panjang sedikit.Tetapi juga boleh menggunakan 'dinner rolls'-untuk makan-makan sesama keluarga atau kawan-kawan.
Cerita di sebalek nama ROTI JOHN
Dalam sekitar tahun 70an, pegawai tentera British di pangkalan laut Naval Base, Sembawang, gemar makan di sebuah gerai dan selalu memesan telur dadar yang dicampur bawang dan memakannya dengan roti. Pesanan yang di buat tanpa nama kadang menyulitkan pembantu gerai. Maka Empunya gerai makan itu terfikir apa nama nak di berikan untuk resepi kegemaran MAt Salleh ini supaya mudah dibuat bila dipesan. Akhirnya mendapat ide dan menamakan resipi khas itu "Roti John" lengkap dengan sos cili untuk hidangan mereka dan juga ketika itu semua Mat Salleh (pada waktu itu ramai gadis gadis Melayu berpacaran dengan omputih yang dikhatankan) ) dipanggil "John". .. Itulah sejarah ringkas Roti John yang terkenal di Singapura.
begini lah rupa bentuk Roti French (French loaves) kalau di singapore muda mendapatkanya Roti French baunya saja membangkitkan apa lagi bila di masak bersama telur dan daging eeeemm harum dan membangkitkan selera....ha ha ha mukin anda sudah lapar sekarang ok mari ikut saya ke dapur lamanmyrasa
dan untuk melihat bahan2 seterusnya...
bab 1
roti di belah dua, ( jgn sampai terputus)
bab2
Cara buat sos
1 sudu mkn sos cucur udang
1 sudu mkn sos cili
1 sudu mkn sos tomato
bab3
Bahan2 untuk buat intinya
10 biji telur
1 biji cili merah dihiris halus
2 biji bawang bombay (dipotong dadu)
bawang dan cili di masukan kedalam telur
1 sudu kecil sup sayur adabi dan garam secukup rasa
1 sudu lada putih di blender kasar dan masuk kedalam telur
daun bawang dan daun sup
dgn gunakan tangan capurkan semua bahan
bab 4
cara memasaknya
Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan
tuangkan adunan telur keatas roti
dan biarkan sebentar
kemudian tekan2kan di atas roti adunan telur
balek2kan biarkan agak garing dan angkat
Potong roti john pada beberapa bahagian
dihidangkan bersama sos...
untuk sosnya Follow up dengan sambal cucur udang
sekarang masa untuk makan... selamat mencuba dah....
No comments:
Post a Comment