Wednesday, 23 September 2015

Telur mata lembu (sunny side up ) masak kicap



hari ini, saya nak berkongsi resepi yang paling mudah dan sedap. Kadang-kadang kita rasa tak selera dan malas nak masak.boleh lah mencuba masakan ini senang aje... 





ada macam2 cara untuk menggoreng telur.
bagaimana  anda menginginkan telur dimasak terpulang lah mengikut sererah masing2






Telur mata lembu  (sunny side up )
  masak kicap 





3 biji bawang putih dicincang
2 biji bawang bombay dipotong kasar
Cili hijau 1 dan cili merah 1 dipotong serong.





1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan kicap masin




7-8 biji cili padi diketuk-ketuk (kalau suka pedas, boleh tambah lagi)





Langkah pertama: 






Kita memerlukan 8-10 biji telur.




Kita gorengkan telur satu persatu 



Goreng hingga habis.




Cara memasak:




Tumiskan bawang putih 




hingga kuning




Masukkan bawang




Selepas bawang layu dan agak kuning, masukkan cili 





Seterusnya, masukkan serbuk ikan bilis




Masukkan kicap manis dan masin




Gaulkan sebati hingga rata, masukkan telur ke dalam kicap




Gaul perlahan-lahan hingga rata.




Inilah rupa masakan yang sudah siap.



Masakan ringkas dan enak, senang dimasak. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment