Monday 23 April 2012

Roti John Singapura

Assalamualaikum…hari ni saya nak Share tentang sejara name dan asal usul roti john...
Dari masa kesemasa beberapa perubahan telah dilakukan dalam resepi Roti John ini. Kini terdapat hirisan daging dan juga keju.. Anda juga boleh pelbagai resepi Roti John itu mengikut ilham anda kalian juga... selamat mencuba..



 ROTI JOHN Singapura

Roti John yang popular di Singapura ini, ada juga dijual di Malaysia...memang sedap untuk dimakan bersama sos dan potongan timun. Biasanya dibuat daripada Roti French (French loaves) yang agak panjang sedikit.Tetapi juga boleh menggunakan 'dinner rolls'-untuk makan-makan sesama keluarga atau kawan-kawan.

Cerita di sebalek nama ROTI JOHN
Dalam sekitar tahun 70an, pegawai tentera British di pangkalan laut Naval Base, Sembawang, gemar makan di sebuah gerai  dan selalu memesan telur dadar yang dicampur bawang dan memakannya dengan roti. Pesanan yang di buat tanpa nama kadang menyulitkan pembantu gerai. Maka Empunya gerai makan itu terfikir apa nama nak di berikan untuk resepi kegemaran MAt Salleh ini supaya mudah dibuat bila dipesan. Akhirnya mendapat ide dan menamakan resipi khas itu "Roti John" lengkap dengan sos cili untuk hidangan mereka dan juga ketika itu semua Mat Salleh (pada waktu itu ramai gadis gadis Melayu berpacaran dengan omputih yang dikhatankan) )  dipanggil "John". .. Itulah sejarah ringkas Roti John yang terkenal di Singapura.


begini lah rupa bentuk Roti French (French loaves) kalau di singapore muda mendapatkanya Roti French baunya saja membangkitkan apa lagi bila di masak bersama telur dan daging eeeemm harum dan membangkitkan selera....ha ha ha mukin anda sudah lapar sekarang ok mari ikut saya ke dapur lamanmyrasa  
dan untuk melihat bahan2 seterusnya...


bab 1
roti di belah dua, ( jgn sampai terputus)


bab2
Cara buat sos
1 sudu mkn sos cucur udang
1 sudu mkn sos cili
1 sudu mkn sos tomato




bab3
Bahan2 untuk buat intinya


10 biji telur


1 biji cili merah dihiris halus


2 biji bawang bombay (dipotong dadu)


bawang dan cili di masukan kedalam telur


1 sudu kecil sup sayur adabi dan garam secukup rasa




1 sudu lada putih di blender kasar dan masuk kedalam telur





daun bawang dan daun sup


dgn gunakan tangan capurkan semua bahan 


bab 4 
cara memasaknya

Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan
tuangkan adunan telur keatas roti 


dan biarkan sebentar


kemudian tekan2kan di atas roti adunan telur 


balek2kan biarkan agak garing dan angkat


Potong roti john pada beberapa bahagian


dihidangkan bersama sos...

untuk sosnya Follow up dengan sambal cucur udang

sekarang masa untuk makan... selamat mencuba dah....

No comments:

Post a Comment